Thursday, 3 September 2015

Cara Menjahit Wallet, Purse & Wristlet Bersama Pola (PDF Pattern)

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak kongsikan kepada anda tutorial mejahit purse & Wristlet.(Nanti saya akan bagi link di akhir entry ini)) Pattern beg ini direka oleh saya sendiri.Ilham ini datang sewaktu saya  menghadapi kesukaran untuk membawa  2 beg dalam waktu yg sama, (hand phone bag dan purse) sewaktu keluar.(Saya jenis yg tak suka bawa beg besar bila keluar).Maklumlah bawa 2 biji beg,kadang tercicir dan menyukarkan  saya utk bergerak.

Saya terfikir,kenapa tidak saya reka satu beg iaitu gabungan hand phone bag dan purse!.Kan mudah.!.Di mana di dalam beg tersebut ,complete dengan slot2 yang kita perlukan.Dan beserta tali wristlet yang boleh ditanggalkan malah boleh juga dibuat tali sling kalau malas nak pegang..

Maka tercipta lah Hand Phone Purse & Wristlet

Hand phone purse & Wristlet
kain cotton owl  comel dan polkadot,Ramai yg suka owl ni.Salah satu yg menjadi favourite customer

Dengan ukuran beg 20cm x 11cm,boleh muat hand phone Lenovo A880 saya.I Phone 6 plus pun boleh.Maknanya dari sekecil2 hand phone hingga lah ke sebesar2 hand phone semua boleh masuk.
Ada 4 slot untuk kad( 1 slot boleh masuk 2-3 cards)
1 slot untuk duit
1 slot untuk hand phone
1 poket syiling di belakang
1 tali wristlet (boleh tanggal) atau kalau nak tukar2 dgn tali sling pun boleh.terpulang pada anda.
Pendek kata,memang complete


Poket syiling dibelakang.Senang saja kalau nak buat.Tak payah nak terbalikkan kain pun atau nak buat lubang bagai.Semua teknik mudah saya ssendiri (Syukur..Alhamdulillah ..Allah yang bagi idea)




Close up pic ;)


Ini contoh beberapa pcs yg customer order.



Ini lagi yg customer order yg ready untuk di pos.Alhamdulillah sambutan yang sangat menggalakkan saya dah jual lebih dr 400 pcs sejak dilancarkan beberapa bulan yg lalu.Sangat bagus kepada sesiapa yang nak memulakan  business hand made bag,boleh cuba belajar dan jahit purse ini,kerana ianya unik,tiada dijual   dikedai,customer boleh pilih kain yang diaorang suka dan anda juga boleh custom made ikut customer anda.Memang tak rugi kalau anda belajar menjahit purse ini..Saya pasti ia akan menjadi  produk anda  yg paling laris.Buktinya saya sendiri pernah alami,sampai x menang tangan layan whatsapp selepas buat sedikit promosi,itu pun hanya  dari sebahagian kecil pengguna internet..Belum keseluruhanya lagi,cuba anda bayangkan,kalau saya seorang memang tak sempat.Itu pun belum termasuk  customer yg order 2,3, pcs,10 pcs  malah ada yang nak order 50 pcs!!



Ini yang versi mini.Lupa saya nak inform,dalam tutorial berserta pola ini juga ada pola untuk versi mini.Idea versi mini ini timbul bila terdapat setengah customer yang suka saiz mini untuk hand phone yang lebih kecil.

Fabrik corak guitar

Cirinya lebih kurang sama cuma beza saiz dan juga kad slot.Yg lain semua sama.Kad slot untuk mini ada 2 slot saja,dalam keadaan tegak.Juga sesuai untuk adik-adik dan remaja atau boleh jadikan purse biasa sekiranya tanpa hand phone.
saiz mini : 16cm x 20 cm


poket zip belakang.

Sekiranya anda tidak pernah menjahit beg sebelum ini (dengan anggapan anda dah pandai menggunakan mesin jahit),saya cadangkan anda belajar buat beg yang paling simple dan basic.Anda cuba ini dulu.Anda boleh dapatkan free tutorial menjahit pencil box/make up case di blog shop saya..Klik link di bawah:




TESTIMONI


Ini pula customer yang beli tutorial saya ,Namanya Intan Suhana, dah pun berjaya membuat hand phone  purse sendiri.


Cantikk kan?? Kalau letak tali sling macam ni.  Semuanya bergantung kepada kreativiti anda sendiri






Jadi sekiranya anda berminat untuk mendapatkan tutorial ini  sila klik link di bawah:


ATAU 

Sekiranya anda tidak minat menjahit dan ingin membeli anda boleh lawat blog shop saya:



No comments:

Post a Comment

Popular Posts